<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d30557129\x26blogName\x3dOnce+A+Goddess+Always+A+Goddess+....\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://secretivekualalumpur.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://secretivekualalumpur.blogspot.com/\x26vt\x3d-5551681635751496020', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
Welcome

Give Me Your Hands, Let Me Guide You Along This Wonderful Journey Towards Serenity With Moi, Isis Natasha

Profile

Once I lived in a castle made by italian marble, with thousands of maid to pamper me for every my needs, surrounded by enchanted forest with picturesque gardens and great lakes, under the protection of the great white clouds, decorated with flocks of virgin white pigeons. But those were the days and today I've changed. And this blog is a proof. And these entries are all about me : My Past, The Present and My Future.


{ Tag Board }













{ Visitors }



Locations of visitors to this page


{ Layout © }
Designer: manikka
Resources: 1 2 3 4 5 6


TAGGED AGAIN?
Saturday, July 19
Salam Sayang Semuanya!!!

Aiyooo! Bersawang nye page nie. dah la bersawangm berabuk la tuh! Ah- huks!~ Tengok sampai batuk batuk meks dibuatnya. *wink* Anyway, meks sebelum memulakan bicara dan madah pada hari inniew, meks ingin terlebih dahulu menyusun sepuluh jari dan memohon kemaafan dri Ted dengan kata-kata, "Abang!! Sorry I tak perasan I was being tagged by you in the past 2 months. Sorry sesangat. But nevertheless, it wasn't my fault 100%. You didn't remind me either. Ingat I ni terhegeh-hegeh kew nak baca blog you yang bersawang ittiew!" sambil menjeling dan touch-up make up sendiri. (wah tak sedr blog sendiri bersawang kan?!)

From his blog it was mentioned that he was originally being tagged by Neo Anderson or kakak Lulu kite. And the tagged goes by the name : Cleo !Q Test for 50 Most Eligible Bachelor. But then again, motif meks nak ikut title ittiew kan? Tak perlu risau, mekss will addinch change the content or the question but just the title to suit my personality. Kalau tedd as a bachelor (bukan bachelorette kew? Meks rasa ittiew lebey sesuai actually!) and it is CLEO's IQ Test. Meks nak change and use,

FHM IQ Test for 50 Hot Woman Alive
**Hahahahahaha. Korang ado?**



Name
Nadiatul Nisa' Arb'yah Kamaruddin (real name difficult to mentioned! ... matilah kau!)

Occupation
Frequent Shopper for online-shoppings blog all over the globe, Forever 21, MNG, Guess and Club 21; Someone Someone's beloved; a few futsal players' scandals and friends to all.

Age
To be honest, I just turn 19

Zodiac
Sagittarius

Fave Hangout
For those who want to catch a glimpse of me, you can find me at my office, Setiawangsa's Shawal Mamak, Setiawangsa's Jumma Mamak, Restaurants in Pulau in front of my office, Jalan Semarak's Valentine Mamak, Pavillion especially in Forever21, Guess for Shoes, Zang Toi in Parkson, TGV Pavillion and Glitters Cafe; Jalan Masjid India Fabrics Store mainly Jakel, Kamdar, Madras, nagoya, Globe, Harrison Silk, Maya and Gulatis ... of not to forget the bazaar locted along Jalan TAR for batiks and songkets; Kampung Baru's Medan Ikan Bakar, Tasik Permaisuri's Sup Meletops, Taman Bunga Raya's Mali Corner, all over Gombak and the newly frequent visited place, Jalan Pudu's Dr Kong Clinic *wink*

Talent
Well, actually what kind of talent we talking about here? Skills during XXX or just normal talent? Hiks! Kidding! By the way, could shopping like Becky Brandon considered as a talent? Hiks! Well if it does, hey it is my talent, SHOPPING and Dress Up.

Three Things I Can't Live Without
Others than my Guess heels collection, my handbags, my eveniong and cocktail dresses, my Kebayas, my skirt expecially m tulle can-can skirt, three things I can't live with out :

1. Obviously my handphone
2. sunsilk hair leave on moisturisor
3. a drak balck - eyeliner : a must have!!

What One Thing That You Glad You've Outgrown?
became beautiful, confident, poise and became more brave to try and experient new fashion style everyday!

Your Biggest Mistake
Well, personally .. hey let me try to answer thi in Malay yerk!
Tidak dapat diakui Isis memang tela banyak melakukan kesilapan tetapi bagi Isis semuanya sama sahaja dan tiada satupun yang dikesali. Bukan bermaksud Isis ini merupakan seorang yang tidak mengambil kesah tetapi Isis percaya, sebenarnya kesilapan inilah yang memberikan Isis satu iktibar, pendoman, dorongan serta kekuatan, bahkan kesilapan ini jugalah yang menjadi tunggakn asas benteng perlindungan diri Isis dari segala badai gelora. Dan jauh di lubuk hati Isis, Isis percaya setulusnya bahawa kesilapan ini bukan menjadi satu pemangkin untuk kehidupan penuh kemurungan dan penyesalan sebaliknya ia merupakan satu pemangkin kepada kehiduapan yang lebih bagus untuk masa hadapan.

Which Actress Would Play You in A Movie About Your Life?
Sarah Jessica Parker - definitely!

If You Were A Product, How Would You Advertising Campaign Read?
One and Only - Sedcutress Isis - Forever and Ever and Eternity

So, now tugas meks untuk tag orang lain. Whereby meks rasa meks nak tagged :
1. Liza - http://justlixa.blogspot.com/ (btw, nonok, meks nak gi birthday party anak ko la!!)
2. Kak Ruby - http://ubby81.blogspot.com.com/
3. Banod Tayunk - http://dydybanod.blogspot.com/

Labels: ,


Regards with love,

posted by Isis Natasha @ 12:36  1 Comments



Al-Fatihah - Yahafizi Yunus (1985 - 2008)
Sunday, July 13
Isis tahu entry ini boleh dikatakan agak lambat dan Isis memohom kemaafan kerana kesibukan pekerjaan yang dialami. Sehingga ke hari ini, Isis masih lagi menangis dan menitiskan air mata mengenangkan peristiwa yang melanda. Isis telah pun kehilangan seorang teman, seorang teman sebilik, seorang teman sekelas, seorang teman bergelak-tawa, soerang teman gossip dan ngumpatan, seorang teman berparti, seorang teman berhibur dan senarai itu akan terus menerusi membanjiri laman web ini. Dialah teman rapat dan dia lah teman segalanya dahulu sebelum kami mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan dengan hala tuju masing-masing.

15th June 2008, 14:30

Isis berada di ruang legar menunggu KLIA apabila Melur, juga seorang teman rapat kepada Allahyarham menelefon Isis untuk memberitahu bahawa Allahyarham kini terlantar sakit di Hospital Jalan Ampang. Allahyarham dirawat untuk keracunan makanan. Sememangnya berita tersebut menjadikan Isis terperanjat kerana setahu Isis, Allahyarham merupakan seorang yang tidak sering sakit dan walaupun mempunyai asma, jarang sekali terjadi. Melur turut mengatakan bahwa Allahyarham sudah dimasukkan ke dalam wad sejak seminggu yang lepas dan beliau baru sahaja mengetahui hal ini pada hari itu setelah dihubungi oleh kakak Allahyarham. Beliau terus menghubungi Isis untuk memaklum hal tersebut.

Pada masa yang sama, tertera di notis pemeberitahu pelepasan kapal terbang, pintu pagar pelepasan Isis sudah pun membuat panggila penumpang yang terakhir dan bakal berlepas dalam seketika nanti. Terdetik di hati Isis, "Tak pe, ite pergi sekejab je. Lepas 3 hari kite dah ada balik kat Kuala Lumpur. Nanti kite la melawat. Lagipun kita sendiri pun pernah masuk hospital juga untuk food poisioning kan?! And in fact, baru last two week kite kuar makan bersama together ngan Fizi. Nanti kite gi tengok die". Isis memberitahu Melur, Isis terpaksa pergi sekarang dan mengirimkan salam kepada Allahyarham dan ibunya.


Tidak sampai lingkungan waktu 24 jam, pada keesokkan harinya
16th June 2008, 11:05

Melur menghubungi Isis dan memberitahu Allahyarham sudah kembali ke rahmatullah pada pukul 10:59 pada hari yang sama. Terkedu tidak berkata apa-apa. Sesungguhnya lidah Isis tidak mampu mengeluarkan sebarang kata sebagai respons. Sebak rasanya hati Isis. Ralat dan terkilan rasanya. Rugi rasa dihati kerna tidak dapat menziarahi Allahyarham di hospital.

Serta merta terus terlintas di pemikiran Isis , teringat pada minggu lepas Allahyarham ada menghubungi isis untuk menemani Allahyarham untuk berparti dan berhibur tetapi terpaksa Isis tolak kerna terlalu penat. Terkilan sekali lagi. Alangkah bagus sekiranya Isis dapat memenuhi kehendak itu. Sudah la tidak menziarahi Allahyarham di hospital, gagal pula hendak menghadiri pengebumian Allahyarham.


Sepanjang hari itu, Isis terkenang akan detik manis ketika bersama dengan Allahyarham. Menghuni bilik bersama di blok Malinja B. Sebilik dengan Isis, Iskandar dan Shahrul ketika di semester 2 dan 3. Sering kali tidur lewat akibat mengadakan malam "movie night", menonton koleksi VCD lama dan baru mengunakan komputer milik Allahyarham.

Terkenang juga, memori bersama selepas malam Dinner Pre-Law 2003 di Park Avenue, Sungai Petani. Sebilik dengan Allahyarham. Pada majlis itu, Allahyarham yang mencadangkan agar kami membuat persembahan tarian beberapa buah lagu medley. Dan seingat Isis, Allahyarham bergandingan dengan Suzanne. Dan malam itu, kami semuanya beparti dan menari sehinga ke tenaga terakhir, hehehehehe. Dan pada keesokkan harinya, Allahyarham, Isis, Shikin and Aisyah menikmati complimentary breakfast yang disedikan. Nyum nyum. Sememangnye seronok sekali.

Terkenang juga beberapa kali outing ke Central Square menonton wayang, atau ke cyber cafe, atau hanya sekadar berjalan-jalan mencuci mata. Oh tidak akan dilupakan kenangan bersama Allahyarham dan yang lain berkaraoke dalam bilik kecil di tingkat atas Central Square. MYR1 satu lagu.

Begitu juga dengan memori ketika Dinner Persatuan Debat yang diadakan di Cinta Sayang Country Club. Di mana selepas malam itu, Allahyarham dan Isis dan beberapa teman yang lain, seramai 2 kereta telah pun ke Pulau Pinang untuk just hang out dan duduk berbual. Pada malam itu, kami beramai-ramai duduk di pantai dan berbual panjang sebelum pergi mandi sungai. Masih terkenang akan aksi lucu Allahyarham dan Mbeck ketika itu. Ketika itu, kami ke sana dengan menaiki sebuah kereta sewa dan kereta milik kakak Isis. Masa hendak memulangkan kereta itu, Isis dengan tidak tidur satu harinya, meminta Allahyarham untuk menenami Isis sebagai teman berbual untuk elakkan Isis turut mengantuk. Tetapi, Allahyarham masuk ke dalam kereta dan menmebtulkan kedudukan aircond dan mula bertanya akan satu soalan pasal assignmetn yang diberikan. Isis punsambil memandu pandang ke hadapan bercerita mengenai assignment dan juga hasil research Isis kepada Allahyarham untuk jangka masa yang agak lama, tetapi! Allahyarham hanya mampu untuk mendongakkan kepala, mulut ternganga dan berdengkur. Sakit hati Isis ketika itu, tetapi kini, tertawa riang mengenangkan kisah lama.

Tidak dapat dilupakan peristiwa di Alor Star ketika kereta satria kakak Isis yang dipinjam. etika di Hentiaan Bus Alor Star, kereta Isis ketika itu tersangkut di dalam lubang yang agak dalam dan tidak boleh bergerak. Isis menjeling pada Allahyarham dan berkata, "Patut la tidak bergerak, ada bebanan lebihan" yang ketika itu, Allahyarham baru sahaj mengadu akan berat badannya. Hehehe. Masih tidak dapat dilupakan wajah Allahyarham ketika itu yang turun dari kereta dan sememangnye tetap tidak bergearak juga. Hahahaha. Bende ini adalah setelah Dinner Pre Law Night 2004, smester terakhir kami di sana.

Banyak kenangan dan memori yang dilalui bersama-sama akan tidak mungkin Isis dapat lupakan. Dan terlalu banyak memori dan peristiwa yang Isis ingin kongsi disini tetapi, terlalu banyak dan perasaan malas sudah muncul sekarang. Tidak dapat diteruskan. Hiks!

in dedication, Yahafizi Yunus 1985 - 2008.

p/s : He is one of my first friend that support me from behind when I said that I want to start live as a woman. Darl, thank you! and always love you. Muax!

Labels: , ,


Regards with love,

posted by Isis Natasha @ 09:37  1 Comments